Takkala jari jemari ini mula menulis tanpa sebarang kerangka. Menulis menggunakan hati dan minda separa sedar mungkin. Jari jemari ini menghasilkan sesuatu yang tidak dijangka. Sebuah cerita ringkas yang tidak disangka. Permulaan secara rawak. Lalu disambung dengan sedikit berhemah. Namun setelah dua entri, aku mula mencari penamatnya. Aku mula tertanya-tanya apakah mungkin penamatnya ada? Mungkinkah jari jemari ini sudi bekerjasama dengan hati dan minda separa sedar untuk menghasilkan sebuah cerita? Ya, aku terfikir soal itu. Hal ini kerana sudah sekian lama tidak ditaip sebarang ayat membentuk kata di komputer riba ini. Sudah terlalu lama ia menyepi. Lalu, pada pada hari ini tanpa aku sangka. Adat dihasilkan dalam tempoh kurang sejam. Banyak yang perlu diperbaiki. Namun aku masih berasa senang hati dengan progres ini. Semoga Tuhan merahmati aku dengan limpahan idea yang bernas.
Pada jam sebegini mata tidak kunjung lenanya. Saya diasak perihal masa hadapan dan lalu. Hadapan yang misteri, dibalut rapi bagai hadiah utama. Lalu yang sudah diketahui isinya. Namun tetap menang dalam segala acara. Kata mereka, tiap akhir adalah awalan kepada sesuatu yang baharu. Jika benar, adakah pengakhiran kisah itu belum tiba di helaian terakhir buku? Hadapan perlu dirai. Namun helaian itu bagai belum ditulis. Saya masih ulang berkali kali tentang lalu dari helaian pertama. Yah.
Comments