Posts

Showing posts from March, 2021
 "Hingga hujung nyawa."  Tuturnya perlahan. Mata tetap memandang ke depan. Ke arah Pelangi.  Senyum terbentuk nipis di bibir. Takungan air di mata hanya menanti waktu untuk mengalir. Terasa lemah seluruh jasad kecil itu. Dua tahun bersama Pelangi  banyak mengubah kehidupannya pada hari ini.  Tidak terucap syukur kepada  Allah di atas pinjaman bermakna ini. Dipinjamkan  Pelangi  untuk dia bangkit dari kesakitan. Mengajarnya erti sebuah persahabatan.  "Dya! Jomlah bergambar. Marilah. Semua dah tunggu. Gambar kelas terakhir ni. Jomlah!"  Ajakan salah seorang Pelangi mematikan lamunan. Perlahan Dya melangkah ke belakang kelas. Ya, pada tahun ini gambar kelas akan diambil di dalam kelas sahaja. Mungkin bagi memperingati kehadiran mereka di dalam kelas ini.  Semua sudah di posisi masing-masing. Dya berdiri lagi pada tahun ini. Pada baris kedua. Baris pertama diisi tempat oleh guru kelas, ketua dan penolong tingkatan berserta beberapa or...
Takkala jari jemari ini mula menulis tanpa sebarang kerangka. Menulis menggunakan hati dan minda separa sedar mungkin. Jari jemari ini menghasilkan sesuatu yang tidak dijangka. Sebuah cerita ringkas yang tidak disangka. Permulaan secara rawak. Lalu disambung dengan sedikit berhemah. Namun setelah dua entri, aku mula mencari penamatnya. Aku mula tertanya-tanya apakah mungkin penamatnya ada? Mungkinkah jari jemari ini sudi bekerjasama dengan hati dan minda separa sedar untuk menghasilkan sebuah cerita? Ya, aku terfikir soal itu. Hal ini kerana sudah sekian lama tidak ditaip sebarang ayat membentuk kata di komputer riba ini. Sudah terlalu lama ia menyepi. Lalu, pada pada hari ini tanpa aku sangka. Adat dihasilkan dalam tempoh kurang sejam. Banyak yang perlu diperbaiki. Namun aku masih berasa senang hati dengan progres ini. Semoga Tuhan merahmati aku dengan limpahan idea yang bernas. 
 "Hassan, kau sampaikan salamku kepada Anggrek. Katakan padanya, cintaku masih sama. Masih sesegar Anggrek. Namun, kehilangan itu adat sebuah kehidupan."  Dalam kepayahan Malik menyampaikan pesanan terakhirnya. Pesanan buat Anggrek. Anggrek Laila.  -Adat- 
 "Tidak akan aku tinggalkan Anggrek tanpa sebab yang kukuh, Hassan."  Keluhan berat kedengaran dari bibirnya. Seraut wajah tampan itu jelas kelihatan gusar. Tiap gerak geri serba tidak kena. Hatinya meronta-ronta ingin kembali kepada Anggrek. Namun apa daya. Inilah adat sebuah kehidupan. Ya, kehilangan itu adat sebuah kehidupan. "Lalu mengapa Malik? Mengapa kau memilih meninggalkan Anggrek. Pernikahan kalian bakal berlangsung lagi dua minggu. Tidakkah kau kasihan padanya, Malik?"  Sepi. Persoalan Hassan dibiarkan sepi. Malik hanya termenung jauh. Menungan jauh yang kosong. Segalanya terisi pada hati. Sekeping hati yang sedang gundah gulana kerana Anggrek tercinta. Anggrek yang jauh dari pandangan mata. Anggrek yang sepatutnya menjadi isteri kepada seorang Malik lagi dua minggu sahaja.  "Malik, segera selesaikan apa yang sudah kau lakukan."  Hassan tidak berpuas hati. Sepupunya itu hanya mendiamkan diri. Sudah hampir dua jam dia cuba mendesak Malik memberit...
Aku tatap matanya yang sayu. Linangan jernih perlahan menuruni pipi. Segera kuseka. Menjadi kuat adalah wajib pada ketika ini.  "Anggrek, sudahlah. Teguhkan hatimu."  Tiada jawapan. Matanya masih sayu. Petanda letusan sebuah kesedihan.  "Mengapa begitu? Salahkah Anggrek cuba menghalang dia pergi, hilang dan mungkin tidak kembali?" Berat sekali aku hendak membalas. Gadis ini sedang dibungkam kesedihan. Gadis ini masih muda untuk memahami erti sebuah kehilangan. Hatinya mungkin akan lebih terluka dengan kata-kataku nanti. Diam adalah yang terbaik pada saat ini.  "Mengapa tidak kau jawab, Anim? Apa fikirmu sama seperti dia? Bahawa kehilangan itu sebuah adat kehidupan? Jika benar ia adat sebuah kehidupan, apa tidak bisa aku melanggarnya? Memecahkan adat kebiasaan!"  Suara Anggrek kedengaran lebih tinggi. Aku cuma mampu memandangnya tanpa sebarang reaksi. Tidak tercari sebarang ayat sesuai pada ketika ini. Hati yang sedang kesedihan umpama dihalangi batu yang b...
 Lalu aku bertanya, "Mengapa sakit sekali kehilangan ini?" Dia tetap kaku. Sedikit pun tidak berpaling. Dingin. Tiada bicara. Kedinginan menjadi pengganti deria.  "Kehilangan ini akan mematikanku. Usah pergi. Aku masih perlu." Aku rayu. Mencuba untuk terakhir kali. Dia tetap kaku.  "Kehilangan itu adat sebuah kehidupan, Anggrek. Aku pasti hilang. Walau apa jua caranya. Pasti." Lantas dia berlalu. Perlahan langkahnya. Terasa pantas sekali buatku.  Begitulah kisah ringkas sebuah kehilangan.