Posts

Showing posts from November, 2019
Siang disilaukan mentari terik, malam sepi ditemani bulan dan air mata. Ironi sekali untuk seseorang yang baharu sahaja putus harapnya, patah hatinya. 
Kadang kala ada benda yang patut kekal sebagaimana kali pertama engkau rasa. Jika benci, bencilah. Kerna tak selalunya rasa yang bertukar itu kekal lama.
Harga sebuah kebenaran ialah sebuah sebuah kehilangan.
mungkin sesuatu itu tidak penting bagi kamu, tetapi penting bagi seseorang. 
tidak boleh berhenti berbicara. seksa. terlihat normal bagi manusia lain. tapi tidak bagi aku yang mengetahui kebenaran di sebalik tidak boleh berhenti berbicara itu. seksa. ia. aku sangat terseksa dengan keadaan ini. bila mana otak tidak boleh berhenti berfikir dan mulut tidak berhenti berkata. ditambah pula dengan tidak tidur berhari lamanya. tanpa rasa penat sedikit pun. seksa. aku terseksa. 
Image
episod maniac & hikayat sebuah stigma. bismillah.
berita yang mengejutkan. tidur aku semalam sedikit pun tidak lena. tambahan pula dihantui oleh mimpi ngeri. ujian lagi, aku sekadar mampu berdoa kepada Dia. bercerita kepadaNya, betapa terkesannya aku dek kerana hal ini. aku serahkan segalanya kepada Dia. tapi tetap otak aku masih ligat memutarkan tiap kenangan. ya Tuhan, kuatkah aku? 
Manusia itu dirahmati oleh Tuhannya melalui cara yang berbeza-beza. 
Image
bipolar disorder. dua emosi. terlalu pantas berubah, terlalu drastik sedih gembiranya berganti.
Image
segulung ijazah, mungkinkah bayarannya air mata? 
kali ini aku serahkan kepada Tuhan. Dia lebih mengetahui. biarlah, mungkin benar setakat ini sahaja persahabatan kami. jagakan dia buatku Ya Muhaimin.