31 Disember 2025. Esok tanggal satu tahun baharu. Tanpa kamu, saya menjejaki tiap mimpi dan cita bersendirian. Selamat datang 2026, moga kita tidak lagi menyantuni sedih dengan berlebihan. Selamat buat kita. Yah
Posts
Showing posts from 2025
- Get link
- X
- Other Apps
Pada jam sebegini mata tidak kunjung lenanya. Saya diasak perihal masa hadapan dan lalu. Hadapan yang misteri, dibalut rapi bagai hadiah utama. Lalu yang sudah diketahui isinya. Namun tetap menang dalam segala acara. Kata mereka, tiap akhir adalah awalan kepada sesuatu yang baharu. Jika benar, adakah pengakhiran kisah itu belum tiba di helaian terakhir buku? Hadapan perlu dirai. Namun helaian itu bagai belum ditulis. Saya masih ulang berkali kali tentang lalu dari helaian pertama. Yah.
- Get link
- X
- Other Apps
Getar itu. Terzahir di jari jemari runcing saya. Getar yang mendebarkan. Mac bakal kembali, ujian apa lagi? Atau ia sekadar biasan memori yang terhasil daripada sebuah trauma? Saya hendak memahaminya dengan segera! Agar tidak menjadi upacara tahunan yang sama sekali tidak diraikan. Saya tidak pasti sejak bila hal ini menjadi upacara tahunan. Barangkali semenjak zaman di kampus, ketika segalanya di kemuncak. Usia muda, kegelisahan berterusan menjadi peneman harian. Seingat saya sejak itu, 2019? Seingat saya tiada yang baik. Segalanya umpama tikaman bertubi tubi dari pelbagai arah. Kini ia akan kembali! Bersediakah saya nanti? Moga Tuhan mengurniakan kekuatan dan perlindungan. Selamat buat kita.