Posts

Showing posts from December, 2019
Image
                                                      Mata tidak bisa kupenjam. Otakku ligat berfikir, tapi jasadku terlalu lemah untuk berinteraksi. Aku sekadar kaku di katil, mendengar kipas berputar dalam sunyi yang ditemani kegelapan. Sengaja aku padamkan lampu kalimantang di kamarku. Biar. Biar aku merasakan gelap. Aku ingin tenggelam di dalamnya. Mungkin akan kutemu kembali kekuatan itu di dalam kegelapan ini. Kekuatan yang aku paksikan kepada manusia, namun ternyata itulah silap terbesar sepanjang aku bernyawa! Argh! Aku terseksa! Depresi menghantui. Fikiranku tidak berhenti memikirkan hal yang sama. Lagi dan lagi! Lalu, aku menangis di dalam kegelapan. Bersendirian tanpa ada yang mengetahui bahawa aku sedang tenggelam di dalam kegelapan. Biar. Mungkin memang cahya sudah tidak sudi menyelamatkan lagi. Biar. 
Image
Hujan turun. Lalu dikenangnya kenangan bersama titisan hujan. Hujan yang seakan memiliki magis, bisa melahirkan aroma yang membungakan kerinduan. 
Image
Dis/19. Puncak bukit Kolej Ibu Zain, UKM Bangi. 
Image
Hipokrit di mata manusia, munafik di sisi Tuhan? 
ULASAN 'THE BEST WRITING TIPS EVER'. Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang cara-cara terbaik untuk menulis daripada sebuah blog yang ditulis oleh Melissa Donovan. Melalui perkongsian beliau di dalam artikel tersebut, beliau telah menyenaraikan pelbagai tips yang cukup berguna dan boleh digunapakai oleh mereka yang baru sahaja ingin menjadi seorang penulis. Namun begitu, di antara pelbagai tips yang diberikan, saya tertarik dengan tips kedua beliau. Beliau menyatakan bahawa untuk menulis denga baik, kita perlulah membaca sebanyak mungkin buku yang boleh dijadikan sebagai bahan bacaan, Baca, baca dan terus membaca. Saya tertarik dengan hal ini kerana saya merasakan pernyataan tersebut adalah benar. Hal ini dikatakan demikian kerana sebenarnya melalui pembacaan yang banyak, ia akan membolehkan seseorang untuk memiliki kosa kata yang lebih luas. Bukan itu sahaja, melalui pembacaan yang banyak dan pelbagai pemikiran seseorang itu juga ...
Aku teringat sesuatu. Sesuatu yang meruntun jiwaku setiap kali aku teringat akannya. Sesuatu yang sudah lapuk dan tidak sepatutnya diingati lagi. Tapi tetap saja ingatanku kukuh dalam mengenangnya. Aneh. 
Image
6/10. PTSL,UKM,Bangi.  Sekeping foto & sebuah kenangan. Mencetuskan pelbagai rasa. Abadi sebagai sebuah rahsia. 
'Sesuatu permulaan itu, dalam semua kehidupan, sebenarnya tidak akan berakhir.'
Aku cuba menjadi serasional mungkin. Mendalami jiwa-jiwa mereka. Meski akhirnya aku yang parah, takkala terlalu sibuk mencari mereka sehingga aku kehilangan aku. Aku temui mereka, tapi aku hilang aku. Adakah itu sesuatu hal yang baik?