Mata tidak bisa kupenjam. Otakku ligat berfikir, tapi jasadku terlalu lemah untuk berinteraksi. Aku sekadar kaku di katil, mendengar kipas berputar dalam sunyi yang ditemani kegelapan. Sengaja aku padamkan lampu kalimantang di kamarku. Biar. Biar aku merasakan gelap. Aku ingin tenggelam di dalamnya. Mungkin akan kutemu kembali kekuatan itu di dalam kegelapan ini. Kekuatan yang aku paksikan kepada manusia, namun ternyata itulah silap terbesar sepanjang aku bernyawa! Argh! Aku terseksa! Depresi menghantui. Fikiranku tidak berhenti memikirkan hal yang sama. Lagi dan lagi! Lalu, aku menangis di dalam kegelapan. Bersendirian tanpa ada yang mengetahui bahawa aku sedang tenggelam di dalam kegelapan. Biar. Mungkin memang cahya sudah tidak sudi menyelamatkan lagi. Biar.
Pada jam sebegini mata tidak kunjung lenanya. Saya diasak perihal masa hadapan dan lalu. Hadapan yang misteri, dibalut rapi bagai hadiah utama. Lalu yang sudah diketahui isinya. Namun tetap menang dalam segala acara. Kata mereka, tiap akhir adalah awalan kepada sesuatu yang baharu. Jika benar, adakah pengakhiran kisah itu belum tiba di helaian terakhir buku? Hadapan perlu dirai. Namun helaian itu bagai belum ditulis. Saya masih ulang berkali kali tentang lalu dari helaian pertama. Yah.

Comments