ULASAN 'THE BEST WRITING TIPS EVER'.

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang cara-cara terbaik untuk menulis daripada sebuah blog yang ditulis oleh Melissa Donovan. Melalui perkongsian beliau di dalam artikel tersebut, beliau telah menyenaraikan pelbagai tips yang cukup berguna dan boleh digunapakai oleh mereka yang baru sahaja ingin menjadi seorang penulis. Namun begitu, di antara pelbagai tips yang diberikan, saya tertarik dengan tips kedua beliau. Beliau menyatakan bahawa untuk menulis denga baik, kita perlulah membaca sebanyak mungkin buku yang boleh dijadikan sebagai bahan bacaan, Baca, baca dan terus membaca. Saya tertarik dengan hal ini kerana saya merasakan pernyataan tersebut adalah benar. Hal ini dikatakan demikian kerana sebenarnya melalui pembacaan yang banyak, ia akan membolehkan seseorang untuk memiliki kosa kata yang lebih luas. Bukan itu sahaja, melalui pembacaan yang banyak dan pelbagai pemikiran seseorang itu juga akan lebih terbuka dan berubah seiring dengan bahan bacaan yang dibacanya.

Comments

Popular posts from this blog