Saya mencari titik persamaan di balik perbezaan kita.
Posts
Showing posts from 2023
- Get link
- X
- Other Apps
Dualima. Angka baharu untuk dibawa ke mana mana. 365 hari, dijunjung dikelek. Sebak sepanjang hari. Air mata menitis dari jam dua pagi. 'Ya Rabb, rahmati aku. Kurniakan keampunan, rahmat dan belasMu.' Dualima yang sunyi, perlahan. Saya beransur pulang dari keriuhan, menikmati sunyi perlahan yang aman. Sedikit yang mengucapkan selamat. Tapi saya tahu yang sedikit itu diberkati. Sedikit itu setia bertahun-tahun di sisi. Setia itu mahal harganya. Selamat dualima. Selamat menikmati sunyi. Yah.
- Get link
- X
- Other Apps
Penghujung Mac. Sejujurnya saya mengharapkan Mac segera berlalu. Diganti April atau Mei, saya tidak peduli. Saya cuma mahu ia segera berlalu. Mac tidak begitu baik kepada saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Mac umpama bulan rasmi saya ditinggal pergi dan didatangi ujian. Tidaklah saya mengatakan Mac malang sepenuhnya. Cuma, hati saya sedikit walang di dalamnya.
- Get link
- X
- Other Apps
Mac. Satu episod overthinking yang panjang dan melelahkan. Saya tidak tahu di mana puncanya. Saya rasa episod ini berkaitan sekali dengan bipolar disorder yang saya hidapi. Saya didatangi episod depresi. Saya berfikir tanpa henti, berulang ulang tentang hal yang serupa. Saya tidak mahu meletakkan tiket bipolar di atas segala tindakan. Tapi batin saya menjerit mengatakan itu bukan saya. Ya! Itu bukan saya! Kelelahan saya menjalar kepada orang lain. Saya berduka cita di atas kelemahan saya. Kelemahan yang pernah membawa mereka pergi.
- Get link
- X
- Other Apps
Ketidaksempurnaan yang menyempurnakan. Mereka bahagia. Ketawa menurut gerak hati, tidak sesekali terkesan dengan kejamnya dunia. Tidak sesekali terikut dengan bongkak angkuhnya manusia. Mereka cukup berdasarkan definisi sendiri. "Murah rezeki ya." Kata mereka. Mereka yang sempurna dalam ketidaksempurnaan. Mungkin mereka tidak sempurna, tapi mereka 'cukup'. Cukup di dunia, syurga di sana.
- Get link
- X
- Other Apps
Saya melihat dunia menerusi matanya. Mata seorang Fitri yang saya cinta. Barangkali itulah mata yang akan menjadi separuh jiwa. Andai takdir mengikat, itulah mata yang akan saya tatap seumur hidup, hingga habis nafas. Dunia terlihat berbeza menerusi matanya. Langit seakan lebih membiru, awan seolah setia memayungi setiap langkah. Angin tidak lagi meniup biasa. Rambut sepoi sepoi ditiup bayu sambil diiringi lagu Noh Salleh, Bunga Di Telinga. Begitulah dunia di saat saya mula melihatnya menerusi mata seorang Fitri. Lebih indah. Seorang Fitri yang dipinjamkan Tuhan. Seorang Fitri yang menjadi ilham, tapi masih tiada kata yang tepat untuk mengertikannya. Selamat ulang tahun Fitri saya. Selamat dua lima. Moga dipayungi rahmat, dipeluk kasihnya Tuhan. Sentiasa. Selamanya. Februari Pertama, 2023.