Penghujung Mac.
Sejujurnya saya mengharapkan Mac segera berlalu. Diganti April atau Mei, saya tidak peduli. Saya cuma mahu ia segera berlalu. Mac tidak begitu baik kepada saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Mac umpama bulan rasmi saya ditinggal pergi dan didatangi ujian. Tidaklah saya mengatakan Mac malang sepenuhnya. Cuma, hati saya sedikit walang di dalamnya.
Comments