Posts

Aku pilih untuk ada. Walau aku sendiri tak pasti selama mana kau sudi. 
Saya menangisi siapa? Ada rindu yang masih besar memangku cinta. Ia bukan sekadar sisa rasa. Masih penuh tatkala dipanggil pergi. Maka teruslah rindu ini menghidupi saya. Hingga hujung nyawa, seperti dia. Selamanya. 
Perkahwinan bukan pengakhiran hidup. Tetapi harus diingati, hasil daripada perkahwinan itu akan bermulanya sebuah kehidupan yang baharu. 
Image
Buat belahan jiwa,  Saya seronok. Teruja lebih tepat! Saya pergi bercuti dengan L. Pesawat yang dahulu hanya ada dalam fikiran, kini saya naiki dengan pelbagai perasaan. Saya dapat duduk tepi tingkap. Saya tak sangka akhirnya saya 'terbang'. Langit lebih cantik daripada dekat. Awan perlahan lahan menembusi pesawat. Atau sebenarnya lebih tepat, kami yang menembusi awan! Saya jatuh cinta lebih dalam dengan langit. Keadaan agak huru hara. Tapi saya anggap itulah pengalaman. Ada pertama kali untuk semua perkara, kan?
Rindu menyapa perlahan. Terngiang-ngiang pada pendengaran suara kamu. Perlahan namun jelas.   "Sayang, hidup dengan baik?"  Lantas saya tersenyum bersama anggukan. 
31 Disember 2025.  Esok tanggal satu tahun baharu. Tanpa kamu, saya menjejaki tiap mimpi dan cita bersendirian.  Selamat datang 2026, moga kita tidak lagi menyantuni sedih dengan berlebihan.  Selamat buat kita.  Yah