Rindu menyapa perlahan. Terngiang-ngiang pada pendengaran suara kamu. Perlahan namun jelas.
"Sayang, hidup dengan baik?"
Lantas saya tersenyum bersama anggukan.
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
Comments
Popular posts from this blog
-
Pada jam sebegini mata tidak kunjung lenanya. Saya diasak perihal masa hadapan dan lalu. Hadapan yang misteri, dibalut rapi bagai hadiah utama. Lalu yang sudah diketahui isinya. Namun tetap menang dalam segala acara. Kata mereka, tiap akhir adalah awalan kepada sesuatu yang baharu. Jika benar, adakah pengakhiran kisah itu belum tiba di helaian terakhir buku? Hadapan perlu dirai. Namun helaian itu bagai belum ditulis. Saya masih ulang berkali kali tentang lalu dari helaian pertama. Yah.
Buat belahan jiwa, Saya seronok. Teruja lebih tepat! Saya pergi bercuti dengan L. Pesawat yang dahulu hanya ada dalam fikiran, kini saya naiki dengan pelbagai perasaan. Saya dapat duduk tepi tingkap. Saya tak sangka akhirnya saya 'terbang'. Langit lebih cantik daripada dekat. Awan perlahan lahan menembusi pesawat. Atau sebenarnya lebih tepat, kami yang menembusi awan! Saya jatuh cinta lebih dalam dengan langit. Keadaan agak huru hara. Tapi saya anggap itulah pengalaman. Ada pertama kali untuk semua perkara, kan?
Getar itu. Terzahir di jari jemari runcing saya. Getar yang mendebarkan. Mac bakal kembali, ujian apa lagi? Atau ia sekadar biasan memori yang terhasil daripada sebuah trauma? Saya hendak memahaminya dengan segera! Agar tidak menjadi upacara tahunan yang sama sekali tidak diraikan. Saya tidak pasti sejak bila hal ini menjadi upacara tahunan. Barangkali semenjak zaman di kampus, ketika segalanya di kemuncak. Usia muda, kegelisahan berterusan menjadi peneman harian. Seingat saya sejak itu, 2019? Seingat saya tiada yang baik. Segalanya umpama tikaman bertubi tubi dari pelbagai arah. Kini ia akan kembali! Bersediakah saya nanti? Moga Tuhan mengurniakan kekuatan dan perlindungan. Selamat buat kita.
Comments