Posts

Showing posts from 2019
Image
                                                      Mata tidak bisa kupenjam. Otakku ligat berfikir, tapi jasadku terlalu lemah untuk berinteraksi. Aku sekadar kaku di katil, mendengar kipas berputar dalam sunyi yang ditemani kegelapan. Sengaja aku padamkan lampu kalimantang di kamarku. Biar. Biar aku merasakan gelap. Aku ingin tenggelam di dalamnya. Mungkin akan kutemu kembali kekuatan itu di dalam kegelapan ini. Kekuatan yang aku paksikan kepada manusia, namun ternyata itulah silap terbesar sepanjang aku bernyawa! Argh! Aku terseksa! Depresi menghantui. Fikiranku tidak berhenti memikirkan hal yang sama. Lagi dan lagi! Lalu, aku menangis di dalam kegelapan. Bersendirian tanpa ada yang mengetahui bahawa aku sedang tenggelam di dalam kegelapan. Biar. Mungkin memang cahya sudah tidak sudi menyelamatkan lagi. Biar. 
Image
Hujan turun. Lalu dikenangnya kenangan bersama titisan hujan. Hujan yang seakan memiliki magis, bisa melahirkan aroma yang membungakan kerinduan. 
Image
Dis/19. Puncak bukit Kolej Ibu Zain, UKM Bangi. 
Image
Hipokrit di mata manusia, munafik di sisi Tuhan? 
ULASAN 'THE BEST WRITING TIPS EVER'. Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari ini saya ingin berkongsi tentang cara-cara terbaik untuk menulis daripada sebuah blog yang ditulis oleh Melissa Donovan. Melalui perkongsian beliau di dalam artikel tersebut, beliau telah menyenaraikan pelbagai tips yang cukup berguna dan boleh digunapakai oleh mereka yang baru sahaja ingin menjadi seorang penulis. Namun begitu, di antara pelbagai tips yang diberikan, saya tertarik dengan tips kedua beliau. Beliau menyatakan bahawa untuk menulis denga baik, kita perlulah membaca sebanyak mungkin buku yang boleh dijadikan sebagai bahan bacaan, Baca, baca dan terus membaca. Saya tertarik dengan hal ini kerana saya merasakan pernyataan tersebut adalah benar. Hal ini dikatakan demikian kerana sebenarnya melalui pembacaan yang banyak, ia akan membolehkan seseorang untuk memiliki kosa kata yang lebih luas. Bukan itu sahaja, melalui pembacaan yang banyak dan pelbagai pemikiran seseorang itu juga ...
Aku teringat sesuatu. Sesuatu yang meruntun jiwaku setiap kali aku teringat akannya. Sesuatu yang sudah lapuk dan tidak sepatutnya diingati lagi. Tapi tetap saja ingatanku kukuh dalam mengenangnya. Aneh. 
Image
6/10. PTSL,UKM,Bangi.  Sekeping foto & sebuah kenangan. Mencetuskan pelbagai rasa. Abadi sebagai sebuah rahsia. 
'Sesuatu permulaan itu, dalam semua kehidupan, sebenarnya tidak akan berakhir.'
Aku cuba menjadi serasional mungkin. Mendalami jiwa-jiwa mereka. Meski akhirnya aku yang parah, takkala terlalu sibuk mencari mereka sehingga aku kehilangan aku. Aku temui mereka, tapi aku hilang aku. Adakah itu sesuatu hal yang baik? 
Siang disilaukan mentari terik, malam sepi ditemani bulan dan air mata. Ironi sekali untuk seseorang yang baharu sahaja putus harapnya, patah hatinya. 
Kadang kala ada benda yang patut kekal sebagaimana kali pertama engkau rasa. Jika benci, bencilah. Kerna tak selalunya rasa yang bertukar itu kekal lama.
Harga sebuah kebenaran ialah sebuah sebuah kehilangan.
mungkin sesuatu itu tidak penting bagi kamu, tetapi penting bagi seseorang. 
tidak boleh berhenti berbicara. seksa. terlihat normal bagi manusia lain. tapi tidak bagi aku yang mengetahui kebenaran di sebalik tidak boleh berhenti berbicara itu. seksa. ia. aku sangat terseksa dengan keadaan ini. bila mana otak tidak boleh berhenti berfikir dan mulut tidak berhenti berkata. ditambah pula dengan tidak tidur berhari lamanya. tanpa rasa penat sedikit pun. seksa. aku terseksa. 
Image
episod maniac & hikayat sebuah stigma. bismillah.
berita yang mengejutkan. tidur aku semalam sedikit pun tidak lena. tambahan pula dihantui oleh mimpi ngeri. ujian lagi, aku sekadar mampu berdoa kepada Dia. bercerita kepadaNya, betapa terkesannya aku dek kerana hal ini. aku serahkan segalanya kepada Dia. tapi tetap otak aku masih ligat memutarkan tiap kenangan. ya Tuhan, kuatkah aku? 
Manusia itu dirahmati oleh Tuhannya melalui cara yang berbeza-beza. 
Image
bipolar disorder. dua emosi. terlalu pantas berubah, terlalu drastik sedih gembiranya berganti.
Image
segulung ijazah, mungkinkah bayarannya air mata? 
kali ini aku serahkan kepada Tuhan. Dia lebih mengetahui. biarlah, mungkin benar setakat ini sahaja persahabatan kami. jagakan dia buatku Ya Muhaimin.
Image
kita semua hamba kepada sesuatu. hati. kita sememangnya secara fitrah akan menyerahkan hati kepada sesuatu.  yasmin mogahed
Image
Kuala Terengganu, 2019.  KESEDIHAN PUISI Puisi ini butuh satu kata yang belum pernah menyentuh pikiran dan lidah siapa pun-tapi  kau mengerti artinya. Hanya kau. Aku ingin hidup di jantung kota itu sebagai kesedihan hampa yang jauh lebih berat dari seluruh kebahagiaan  yang mampu manusia terima. M Aan Mansyur.
Melaka, penghujung Oktober 2019. penghujung oktober yang cukup menduga. segala kekuatan rasanya hilang dalam sekali kerdipan mata. mati. berulang kali menjadi pilihan. tetap saja Tuhan masih izinkan aku bernyawa. lalu hari ini aku seolah-olah disedarkan oleh seseorang yang amat aku hormati. tentang sesuatu yang aku seakan-akan terlupa dan terleka. tentang mereka yang tetap bersamaku, sudi meluangkan sedikit masa mereka, sudi menjadi pendengar setia. dengan harapan aku mampu kembali pulih, mampu kembali berdiri teguh biar diduga bertalu-talu. tapi malangnya, segala usaha mereka itu bagai angin lalu. sia-sia, aku tetap begitu, tetap dibawah pengaruh depresi dan tetap memilih untuk mati. padahal mereka bersungguh-sungguh cuba memahami. Allahurabbi. kenapa begitu pentingkan diri sendiri? aku tersentak saat dia berkata, aku telah kecewakan mereka yang kenal aku setiap kali aku cuba membunuh diri, dan setiap kali itu juga aku bagaikan sedang membunuh mereka juga. dia terus meluahkan betap...
perbualan yang serius, tapi begitu puitis aku rasakan. di antara dua manusia yang kehilangan jiwa. cuma mungkin sedikit berbeza dari segi puncanya.
nadi yang menghidupkan. di saat kematian menjadi pilihan. 
esok adalah sesuatu yang misteri.
Satu lagi hari yang melelahkan. Apabila akal waras seolah olah sedang berperang dengan sang raksasa yang entah dari mana munculnya, entah bila hadirnya. Tidak disedari. Namun telah berjaya menyusup masuk dan bersembunyi. Argh! Saban hari segalanya terasa semakin melelahkan. Entah bila peperangan ini akan berakhir, entah siapa yang bakal menjadi pemenangnya nanti. Peperangan antara akal waras dan sang raksasa tersembunyi.