Saya melihat dunia menerusi matanya. Mata seorang Fitri yang saya cinta. Barangkali itulah mata yang akan menjadi separuh jiwa. Andai takdir mengikat, itulah mata yang akan saya tatap seumur hidup, hingga habis nafas. Dunia terlihat berbeza menerusi matanya. Langit seakan lebih membiru, awan seolah setia memayungi setiap langkah. Angin tidak lagi meniup biasa. Rambut sepoi sepoi ditiup bayu sambil diiringi lagu Noh Salleh, Bunga Di Telinga. Begitulah dunia di saat saya mula melihatnya menerusi mata seorang Fitri. Lebih indah. Seorang Fitri yang dipinjamkan Tuhan. Seorang Fitri yang menjadi ilham, tapi masih tiada kata yang tepat untuk mengertikannya. Selamat ulang tahun Fitri saya. Selamat dua lima. Moga dipayungi rahmat, dipeluk kasihnya Tuhan. Sentiasa. Selamanya. Februari Pertama, 2023.
Posts
Showing posts from January, 2023