Posts

Showing posts from March, 2023
Adakalanya saya ingin memilih alprazolam berbanding quetiapine. Barangkali lebih berkesan. Mungkin fikiran lebih tenang setelah itu? 
Penghujung Mac.  Sejujurnya saya mengharapkan Mac segera berlalu. Diganti April atau Mei, saya tidak peduli. Saya cuma mahu ia segera berlalu. Mac tidak begitu baik kepada saya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Mac umpama bulan rasmi saya ditinggal pergi dan didatangi ujian. Tidaklah saya mengatakan Mac malang sepenuhnya. Cuma, hati saya sedikit walang di dalamnya. 
Image
2020. Saya memilih untuk menulis doa yang saya utuskan kepada Tuhan. Saya rasa itu pilihan yang tepat. Setelah beberapa tahun berlalu, saya kembali membacanya satu persatu.  Betapa baiknya Tuhan kepada saya. Saya masih dipilih untuk menjadi antara mereka yang berdoa kepadaNya. 
Image
Mac. Satu episod overthinking yang panjang dan melelahkan. Saya tidak tahu di mana puncanya. Saya rasa episod ini berkaitan sekali dengan bipolar disorder yang saya hidapi. Saya didatangi episod depresi. Saya berfikir tanpa henti, berulang ulang tentang hal yang serupa. Saya tidak mahu meletakkan tiket bipolar di atas segala tindakan. Tapi batin saya menjerit mengatakan itu bukan saya. Ya! Itu bukan saya!  Kelelahan saya menjalar kepada orang lain. Saya berduka cita di atas kelemahan saya. Kelemahan yang pernah membawa mereka pergi. 
Kegelisahan memanggil kupulang. Kelelahan melawan raksa tidak bernama. Engkau kutunggu bersama kesabaran, menepis tiap negativiti yang cuba menguasai. Aku kelelahan, bentengku pecah. Payah sendiri mempertahankan. Kegelisahan memanggil kupulang, meski tiada kau menyambutku di muka pintu. 
Lekas sembuh. 
Ketidaksempurnaan yang menyempurnakan. Mereka bahagia. Ketawa menurut gerak hati, tidak sesekali terkesan dengan kejamnya dunia. Tidak sesekali terikut dengan bongkak angkuhnya manusia. Mereka cukup berdasarkan definisi sendiri.  "Murah rezeki ya."  Kata mereka. Mereka yang sempurna dalam ketidaksempurnaan. Mungkin mereka tidak sempurna, tapi mereka 'cukup'. Cukup di dunia, syurga di sana. 
Akhirnya, saya kembali ke sini. Menjadi diri sendiri tanpa perlu membuktikan apa-apa kepada sesiapa. Saya kembali menyatakan cinta dan kasih kepada diri, jasad dan rohani. Kembali melihat dunia dari mata saya. Bosan dan perlahan. Tidak mengapa, sekurangnya saya aman. 
Kita yang tidak dianggap. 
"Adnadis?"  "Bukan." Dahi dikerutkan. Riak keliru jelas terlihat.  "Macam Adnadis. Maaf. Tapi, kau siapa?"  "Aku. Aku hanya aku. Bukan sesiapa." "Mana Adnadis?"  "Hilang bersama maruah yang dipijak. Pergi dengan bermaruah." 
Apa yang disimpan hadapan buat saya? Masih terimakah Tuhan akan saya nanti?  Menungan senja, Mac baru sahaja bermula. Barangkali saya cuma sedikit keliru. 
selamat terus berjuang.  rehal di pelukan, kata tetap di ingatan.  yah.