Posts

Showing posts from August, 2021
Sedekad II. Percutian yang dirancang selama ini sudah bertukar menjadi persidangan tidak rasmi. Kami berusaha mencari jalan penyelesaian. Puas kami fikirkan. Namun segalanya bertemu jalan buntu. Akhirnya persidangan ini bertukar menjadi sebuah acara kenang mengenang. Pelbagai kisah lucu diceritakan semula. Ia sedikit sebanyak mengurangkan tekanan yang ada.  "Kau ingat tak, dulu Anne selalu mengamuk. Ada saja benda nak diamukkannya. Tak faham aku." Rey mula membuka cerita. Bersungguh benar gayanya.  "Mestilah ingat. Anne memang macam tu." Lily bersetuju dengan kenyataan Rey. Semakin galak mereka bercerita tentang aku. Aku hanya diam dan ketawa kecil. Aku tak salahkan mereka kalau itu yang terpahat di ingatan. Aku memang begitu, gemar mengamuk tanpa alasan. Barangkali aku ada isu kemarahan semasa remaja.  "Diam saja Anne. Menyerah kalah ke?" Rey mengusik.  "Aku malas nak cakap banyak. Banyak aib kau Rey yang aku simpan. Kau pun sama Lily, sedap gelakkan...
Sedekad.  Aku tak tahu hendak salahkan siapa. Atau siapakah di antara kami yang layak untuk dipersalahkan. Aku cuba bertenang. Keadaan begini benar-benar menguji kesabaran dan keimanan. Sekiranya tidak sabar, aku pasti persahabatan selama sedekad ini akan berakhir begitu sahaja. Lama kami diamkan diri. Diam untuk mengelakkan sebarang pertengkaran rumit daripada berlaku. Ruang di dalam kamar tamu ini terasa semakin sempit. Kami seolah-olah diasak, sesak rasanya.  Lima minit, sepuluh minit, lima belas minit. Tiada yang bersuara.  "Sampai bila kita nak diam? Aku rasa diam tak akan membantu kita selesaikan hal ni." Serak. Suara Lily kedengaran begitu serak. Jarang sekali suaranya kedengaran begitu. Keserakan suaranya mematikan lamunan kami.  "Aku tak tahu. Aku tak ada jawapan untuk masalah ni." Perlahan sahaja aku membalas kata-kata Lily. Aku bukan sengaja. Tapi sesungguhnya, tiada sebarang jawapan tepat di benakku pada ketika ini. Segalanya kabur.  "Baik kita berp...
Wabah yang melanda Malaysia semakin mengganas. Kes kematian semakin meningkat dari hari ke hari. Kerisauan mencengkam kami. Setiap langkah di luar rumah umpama berada di dalam penjara. Kami dipenjarakan dengan kebebasan di luar. Aku sendiri tidak pasti sampai bila perkara ini akan berlanjutan. Sejujurnya, aku sangat terganggu. Terlalu takut untuk ke mana-mana.  Moga lekas sembuh Malaysia. Moga kekal kuat hingga waktunya.