Siang disilaukan mentari terik, malam sepi ditemani bulan dan air mata. Ironi sekali untuk seseorang yang baharu sahaja putus harapnya, patah hatinya.
Pada jam sebegini mata tidak kunjung lenanya. Saya diasak perihal masa hadapan dan lalu. Hadapan yang misteri, dibalut rapi bagai hadiah utama. Lalu yang sudah diketahui isinya. Namun tetap menang dalam segala acara. Kata mereka, tiap akhir adalah awalan kepada sesuatu yang baharu. Jika benar, adakah pengakhiran kisah itu belum tiba di helaian terakhir buku? Hadapan perlu dirai. Namun helaian itu bagai belum ditulis. Saya masih ulang berkali kali tentang lalu dari helaian pertama. Yah.
Comments