Getar itu. Terzahir di jari jemari runcing saya. Getar yang mendebarkan. Mac bakal kembali, ujian apa lagi? Atau ia sekadar biasan memori yang terhasil daripada sebuah trauma? Saya hendak memahaminya dengan segera! Agar tidak menjadi upacara tahunan yang sama sekali tidak diraikan.
Saya tidak pasti sejak bila hal ini menjadi upacara tahunan. Barangkali semenjak zaman di kampus, ketika segalanya di kemuncak. Usia muda, kegelisahan berterusan menjadi peneman harian. Seingat saya sejak itu, 2019?
Seingat saya tiada yang baik. Segalanya umpama tikaman bertubi tubi dari pelbagai arah. Kini ia akan kembali! Bersediakah saya nanti?
Moga Tuhan mengurniakan kekuatan dan perlindungan. Selamat buat kita.
Comments