"Tidak akan aku tinggalkan Anggrek tanpa sebab yang kukuh, Hassan." 

Keluhan berat kedengaran dari bibirnya. Seraut wajah tampan itu jelas kelihatan gusar. Tiap gerak geri serba tidak kena. Hatinya meronta-ronta ingin kembali kepada Anggrek. Namun apa daya. Inilah adat sebuah kehidupan. Ya, kehilangan itu adat sebuah kehidupan.

"Lalu mengapa Malik? Mengapa kau memilih meninggalkan Anggrek. Pernikahan kalian bakal berlangsung lagi dua minggu. Tidakkah kau kasihan padanya, Malik?" 

Sepi. Persoalan Hassan dibiarkan sepi. Malik hanya termenung jauh. Menungan jauh yang kosong. Segalanya terisi pada hati. Sekeping hati yang sedang gundah gulana kerana Anggrek tercinta. Anggrek yang jauh dari pandangan mata. Anggrek yang sepatutnya menjadi isteri kepada seorang Malik lagi dua minggu sahaja. 

"Malik, segera selesaikan apa yang sudah kau lakukan." 

Hassan tidak berpuas hati. Sepupunya itu hanya mendiamkan diri. Sudah hampir dua jam dia cuba mendesak Malik memberitahu sebab Malik pergi meninggalkan Anggrek. Namun hampa. Malik hanya termenung dan banyak berdiam. Sekiranya menjawab hanya sebaris ayat yang tiada jawapan pasti. 

"Kehilangan itu sebuah adat kehidupan, Hassan. Ya, adat sebuah kehidupan." 

Hassan hanya mampu melihat Malik pergi setelah menuturkan sebari ayat yang dia sendiri tidak fahami. Adat sebuah kehidupan? Dia bingung. 

Comments

Popular posts from this blog