"Hingga hujung nyawa."
Tuturnya perlahan. Mata tetap memandang ke depan. Ke arah Pelangi. Senyum terbentuk nipis di bibir. Takungan air di mata hanya menanti waktu untuk mengalir. Terasa lemah seluruh jasad kecil itu. Dua tahun bersama Pelangi banyak mengubah kehidupannya pada hari ini.
Tidak terucap syukur kepada Allah di atas pinjaman bermakna ini. Dipinjamkan Pelangi untuk dia bangkit dari kesakitan. Mengajarnya erti sebuah persahabatan.
"Dya! Jomlah bergambar. Marilah. Semua dah tunggu. Gambar kelas terakhir ni. Jomlah!"
Ajakan salah seorang Pelangi mematikan lamunan. Perlahan Dya melangkah ke belakang kelas. Ya, pada tahun ini gambar kelas akan diambil di dalam kelas sahaja. Mungkin bagi memperingati kehadiran mereka di dalam kelas ini.
Semua sudah di posisi masing-masing. Dya berdiri lagi pada tahun ini. Pada baris kedua. Baris pertama diisi tempat oleh guru kelas, ketua dan penolong tingkatan berserta beberapa orang rakan sekelasnya yang lain. Di belakangnya pula diisi oleh rakan-rakan lelakinya. Mereka semua adalah Pelangi.
"Senyum !"
Sebuah sejarah telah difotokan.
Comments