Harum Senja. 

"Mengapa, Harum? Sudah berputus asakah engkau?" Perlahan tuturnya, mengangkat tundukku. 

"Kau rasa begitu? Itukah yang kau rasakan selama ini tentang aku?" Sayu sekali rasa di hati. Kasih yang diberi seolah tidak dihargai. Tujuh tahun bukanlah satu tempoh waktu yang sekejap. 

"Bukan begitu. Aku cuma bertanya. Aku tidak mahu kau merasa terbeban." 

"Beban? Tujuh tahun aku berusaha mencari jalan penyelesaian. Tujuh tahun, Ali!" Lantang suaraku membalas tuturnya yang umpama sembilu, menghiris-hiris hatiku. 

"Maafkan aku, Harum." 

Apakah semudah itu? 

Comments

Popular posts from this blog