Tidak lama lagi semester ini bakal berakhir. Dalam kegelisahan mengenang tugasan yang bertimbunan, ada rasa sayu terselit di kalbuku. Jauh sudah perjalananku. Siapa menyangka aku bisa sampai ke sini. Masih bernyawa, masih tersisa semangat di jiwa. Perjalanan ini tidak mudah, sahabat. Hampir sahaja aku tinggalkan semua lalu berpaling pergi.
Pada jam sebegini mata tidak kunjung lenanya. Saya diasak perihal masa hadapan dan lalu. Hadapan yang misteri, dibalut rapi bagai hadiah utama. Lalu yang sudah diketahui isinya. Namun tetap menang dalam segala acara. Kata mereka, tiap akhir adalah awalan kepada sesuatu yang baharu. Jika benar, adakah pengakhiran kisah itu belum tiba di helaian terakhir buku? Hadapan perlu dirai. Namun helaian itu bagai belum ditulis. Saya masih ulang berkali kali tentang lalu dari helaian pertama. Yah.
Comments