Ada seorang manusia yang aku kenal. Selayaknya digelar sang penglipurlara. Mengkisahkan kepadaku pelbagai cerita, mengambarkan ragam manusia. Pelbagai. Terlalu pelbagai. Sehingga tidak bisa lagi aku hitung dengan jari jemari. Kata sang penglipurlara itu, inilah hakikatnya. Hakikat dunia yang telah Tuhan ciptakan. Berbeza. Setiap manusia itu berbeza, punya ragam dan ceritanya tersendiri. Lalu, siapa kita untuk menyamakan apa yang pada fitrahnya tidak sama? Persoalan itu mengundang diam buatku. Aku terdiam, kerana nampaknya aku juga antara manusia yang gemar menyamakan segalanya. Kalau bahkan, suara, darah, cap jari juga telah diciptakan berbeza-beza. Lalu, mengapa masih menyamakan hal yang tidak akan pernah sama?

Comments

Popular posts from this blog